January 14, 2018

my little 'bilik kaunseling'

Hai hai holla!
hari ni nak share bilik kaunseling saya...
bilik saya kecil sahaja.. tak ada bilik sesi khas macam yang lain memandangkan ruang yang terhad.
tapi memadai untuk saya seorang disini.
Dibahagian dalam bilik  kaunseling ini, terdapat satu bilik kecil yang ditempatkan fail didalamnya, tapi saya belum sempat mengambil gambar bilik fail, sebab masih belum berkemas..hee...
Actually sejak dari penghujung 2015 lagi niat nak ubah suai bilik lepas balik dari lawatan penanda aras ke Kelantan.. tapi disember 2017 baru berkesempatan.. orang syok cuti, kita syok datang sekolah mengecat..haha :p
ni gambar dari luar bilik kaunseling, dah boleh nampak keseluruhan bilik.
Gambar 2 rak buku tersebut adalah tempat saya meletakkan semua pamplet berkaitan IPTA/IPTS/Kerjaya
Gambar bawah yang ada blackboard tu tempat photo booth hari lahir. Disebabkan ruang sempit, jadi sudut tu tak berfungsi dengan baik.
Btw, langsir merah di pintu utama tu dah reput..haha.. tahun ni baru ada duit nak tukar langsir ^^''
Taraaa... so ini hasil setelah penat lelah mengecat dan menghias masa cuti sekolah hari tu..
Pintu bilik dilekatkan banner selamat datang dan langsir jarang dipilih atas faktor nak buat sesi untuk keselesaan klien.
Kerusi plastik pun dah dibalut dengan kain yang ditempah khas harga cuma rm15 untuk 1.
Cat dinding pula ambil lebihan yang ada kat rumah ni bawah pergi sekolah..haha..
wallpaper tu memang dah beli lama, tapi baru pasang..
Tempat yang black board tu pula akan ditampal segala gambar program tahun ni ^__^


coridor banner tu saya tempah dari En.Yuslan RM 48
banner yang saya tampal di pintu pun saya tempah dengan En,Yuslan BBM stuff dan keceriaan RM60
ruang ni saya cadang nak tampal semua gambar program tahun ni..
kira macam galeri program..tapi tak siap lagi..nanti kalau dah jadi, saya update
dari meja saya, boleh nampak pintu masuk bilik dan keseluruhan ruang
alas meja dan sarung kerusi tu saya tempah dari Jual Sarung Kerusi murah je,
alas meja+skriting= RM 25
sarung kerusi= RM 15 X1





perbezaan dulu dan sekarang








Okay, rasanya tu je kot nak update.. btw, masuk bilik kaunseling sekarang dan disegarkan dengan haruman dari AirWick..hehe.. bertambah seri bilik bila wangikan ;)




selamat bekerja dengan gembira





 



January 11, 2018

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Tarikh: 08 Januari 2018
Tempat: Dewan sekolah
Dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohamad  Majdan bin Mahmud (Pengetua)


gimik perasmian memotong belon helium sebagai tanda kasih sayang yang tiada sempadan

belon naik ke udara

Simbolik penyerahan mentor mentee

meraikan hari lahir warga sekolah bulan Januari

setiap pelajar diberikan cupcake sebagai menghargai kedatangan dan
menyuntik semangat tahun baru

Pelajar gembira diraikan